Lalai Basahan Manusia


Lalai menjadi basahan kepada manusia

Cuai menjadi watak manusia

Lupa menjadi tabiat semulajadi manusia

Gopoh menjadi budaya mereka

Tidak hairanlah lumrah berlaku

Sepandai-pandai manusia

Lupa berfikir lebih dahulu sebelum bertindak

Terutama di waktu dia marah

Dia bertindak melulu

Tidak sempat berfikir, meledak sahaja

Sudah terlajak barulah menyesal

Jadi cerdik tidak menjamin manusia berfikir sebelum bertindak

Pandai tidak mesti dia berfikir sebelum berbuat

Justeru itulah Islam mewajibkan mendidik nafsu

Agar dia tenang, tindakannya tidak melulu

Supaya dia tidak gelojoh

Sempat akal berfikir sebelum melakukan sesuatu

Tapi manusia ghairah sangat mendidik akal

Mendidik nafsu tidak ada dalam kurikulum pelajaran

Nafsu tidak diambil kira

Seolah-olah nafsu tidak ada dalam diri manusia

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi